KUALA LUMPUR: “Marah saya sekejap saja dan saya bersedia memaafkan mereka,” kata Jamaliah Hasan, ibu mentua Shidee yang sebelum ini enggan merestui perkahwinan penyanyi era-80 itu dengan anak bongsunya, Siti Fairunnisa Aziz.
Jamaliah, 47, berkata dia mahu melupakan sengketa dengan menantunya dan berharap dapat memulakan hidup baru.
“Sebagai manusia biasa kita perlu saling memaafkan. Marah saya bertahan paling lama pun 15 minit saja kemudian saya ‘sejuk’ kembali kerana tiada gunanya bermusuh apatah lagi dengan menantu dan anak yang paling saya sayang.
“Walaupun sebelum ini saya marah, saya sering mendoakan kebahagiaan dan bertanya rakan terdekat mereka mengenai khabar anak dan menantu saya itu,” katanya yang dihubungi semalam.






