Stesen kuasa Sultan Mahmud Kenyir : empangan hidroelektrik

0

Category : umum

DSC_0124Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.

Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Pelajar jadi penggodam pertama iPhone

0

Category : umum

Pelajar jadi penggodam pertama iPhone
TOWNS
SYDNEY – Seorang pemuda Australia berusia 21 tahun, Ashley Towns mendakwa dirinya menjadi penggodam pertama di dunia yang berjaya menyebarkan virus ke dalam telefon bimbit, iPhone, lapor sebuah akhbar semalam.
Virus tersebut akan memaparkan gambar bintang pop era 1980-an yang popular dengan lagu Never Gonna Give You Up, Rick Astley pada latar skrin telefon bimbit iPhone.
Towns, yang menuntut di sebuah kolej di sini memberitahu laman berita Internet ABC bahawa dia menyebarkan virus berkenaan kerana ingin mengetengahkan isu keselamatan di kalangan pengguna iPhone.
“Virus ini mengeksploitasi sikap malas pengguna yang jarang menukar kata laluan mereka. Saya menunjukkan kepada umum bahawa iPhone mudah digodam,” katanya.
Bagaimanapun, virus yang dihasilkan oleh Towns cuma boleh menjangkiti iPhone yang memuat turun perisian atau aplikasi yang tidak diluluskan oleh pengeluarnya, Apple Computer.
“Virus ini tidak membahayakan sistem iPhone dan bukan untuk menyusahkan orang ramai,” katanya.
Menurut pemuda itu, pada peringkat awal, virusnya telah menjangkiti lebih 100 iPhone tetapi ia mudah untuk dimusnahkan. – Agensi

SYDNEY – Seorang pemuda Australia berusia 21 tahun, Ashley Towns mendakwa dirinya menjadi penggodam pertama di dunia yang berjaya menyebarkan virus ke dalam telefon bimbit, iPhone, lapor sebuah akhbar semalam.

Virus tersebut akan memaparkan gambar bintang pop era 1980-an yang popular dengan lagu Never Gonna Give You Up, Rick Astley pada latar skrin telefon bimbit iPhone.

[ Online : 913 hari. ]