Mantera cinta pawang wanita

0

Category : umum

KUALA LUMPUR: Hajat di hati mahukan gadis pujaan yang menghilangkan diri pulang semula ke pangkuan, namun seorang kerani akhirnya termasuk jerat penipuan seorang ‘pawang cinta’ yang mengarahkannya membayar lebih RM2,000 hanya untuk mempelajari jampi mantera dan ayat pengasih.

Lelaki itu mendakwa, dia diarah menghafal pelbagai jampi mantera aneh yang menyimpang daripada ajaran Islam serta berunsur khurafat oleh pawang wanita berusia 50-an terbabit yang turut didakwa terkenal di kalangan artis dan golongan kenamaan.

Helah cinta wanita cantik – Kahwin hanya untuk dapat duit dari lelaki negara in

0

Category : umum

Helah cinta wanita cantik – Kahwin hanya untuk dapat duit dari lelaki negara ini
Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
mohdzaini.samsuhadi@kosmo.com.my
Michael menunjukkan tiga lelaki mengahwini wanita rakyat asing tetapi telah meninggalkan mereka dalam senyap-senyap.
KUALA LUMPUR – Gara-gara mahukan isteri cantik di kalangan warga asing, ramai di kalangan lelaki di negara ini berputih mata apabila kebanyakan wanita yang dikahwini meninggalkan mereka secara senyap-senyap.
Malah, tanpa disedari lelaki terbabit turut menjadi mangsa penipuan wanita warga asing itu secara licik bagi tujuan terus mendapatkan wang walaupun pasangan itu telah lama tidak bersama.
Salah satu taktik yang kerap menjerat si lelaki yang berkahwin dengan wanita rakyat asing adalah si isteri menjadikan anak hasil perkongsian hidup sebagai umpan.
Dengan itu, si isteri yang banyak membabitkan rakyat China, Vietnam, Thailand dan Indonesia akan terus menerima kiriman wang daripada suami masing-masing walaupun mereka telah melarikan diri dan pulang ke negara asal.
Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, sepanjang tahun ini terdapat lima aduan daripada lelaki yang mendakwa mereka ditinggalkan oleh isteri masing-masing yang terdiri di kalangan wanita Vietnam, Thailand dan Indonesia.
“Aduan daripada lima pengadu itu semuanya mendakwa mereka terus menerus dipaksa secara senyap mengirimkan wang kepada isteri yang telah lama tidak bersama.
“Alasan wanita asing itu adalah untuk menyara anak yang dibawa pulang ke negara asal si wanita terbabit,” kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, daripada lima aduan tersebut, si suami baru menyedari isteri yang dikahwini masing-masing hanya mahu mendapatkan wang dan bukan berkahwin atas dasar cinta.

KUALA LUMPUR – Gara-gara mahukan isteri cantik di kalangan warga asing, ramai di kalangan lelaki di negara ini berputih mata apabila kebanyakan wanita yang dikahwini meninggalkan mereka secara senyap-senyap.

Malah, tanpa disedari lelaki terbabit turut menjadi mangsa penipuan wanita warga asing itu secara licik bagi tujuan terus mendapatkan wang walaupun pasangan itu telah lama tidak bersama.

Kami terpedaya’

0

Category : umum

JOHOR BAHRU: Seramai 16 pelajar yang bersemangat mengikuti kursus solekan dan dandanan secara percuma anjuran Kementerian Sumber Manusia, mendakwa terpedaya apabila mereka bukan saja perlu membayar yuran kursus profesional bernilai lebih RM100,000, malah ditugaskan mencuci tandas sebagai latihan praktikal.

Kumpulan berkenaan didakwa kononnya menjadi mangsa selepas mendaftar sebagai perantis Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dikawal selia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia di sebuah pusat latihan kecantikan di Taman Johor Jaya di sini, sejak awal Februari lalu.

[ Online : 913 hari. ]