10 Mar 2010 @ 8:52 PM 

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

 Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh – ibu negara Arab Saudi – selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar – pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 10 Mar 2010 @ 08:52 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: umum
 27 Feb 2010 @ 12:03 AM 

Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

 Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 07 Feb 2010 @ 07:26 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 23 Feb 2010 @ 12:11 AM 

Empat perkara menguatkan badan:

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

More »

Posted By: admin
Last Edit: 23 Jan 2010 @ 10:17 AM

EmailPermalinkComments (1)
Tags
Tags: ,
Categories: Agama
 23 Feb 2010 @ 12:01 AM 

By  Abdul Rahim Sabri

Walaupun Ibn Rushd menyentuh empat mazhab kalam dalam tulisannya, saya hanya menumpukan kepada kritikannya terhadap aliran al-Asya’irah yang dibawa oleh Imam al-Juwaini dan al-Ghazali.

Seperti yang dinyatakan dalam kitabnya, secara tidak langsung Ibn Rushd menolak pandangan Muktazilah, walaupun karya tokoh dari kumpulan tersebut tidak sampai ke Andalusia. Ini kerana metodologi Asya’irah dan Muktazilah hampir sama antara satu sama lain.

Secara ringkasnya, metodologi penting mazhab Asya’irah berhubung penjelasan mereka tentang ‘kebaharuan alam’ dengan membina kaedah perkara itu melalui “penyusunan jisim-jisim dari juzuk-juzuk yang tidak boleh dipisah-pisahkan” (tarkib al-Ajsam min ajzak la tatajazzak) atau dikenali sebagai al-Jauhar al-Fardi.

Ibn Rushd menyatakan kaedah tersebut tidak rasional sehingga sukar orang awam atau ahli falsafah (ulama) untuk memahami pemikiran mereka.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 21 Feb 2010 @ 11:28 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 21 Feb 2010 @ 12:09 AM 

Ibrahim Adham ni seorang Raja yang alim. Sanggup merendahkan martabatnya seolah-olah rakyat biasa dalam mencari keredhaan Allah. Suatu hari dalam perjalanannya, Ibrahim Adham sampai ke suatu anak sungai dalam keadaan yang sangat lapar.Tiba-tiba dilihatnya sebiji buah delima yang sedang hanyut.

Dalam keadaan tersangat lapar,lalu dicapai dan dimakannya buah delima itu. Selepas selesai menikmatinya, barulah beliau terfikir, “buah delima itu tentu ada pemiliknya dan aku telah memakannya tanpa kebenaran pemilik tersebut”.Bimbang kerana telah memakan sesuatu yang haram dan tanpa izin, Ibrahim menyusur sungai itu mencari pemilik pohon delima tersebut.

  More »

Posted By: admin
Last Edit: 07 Feb 2010 @ 07:22 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 14 Feb 2010 @ 12:06 AM 

Abu Ishak Ibrahim bin Adham, lahir di Balkh dari keluarga bangsawan Arab di dalam sejarah sufi disebutkan sebagai seorang raja yang meninggalkan kerajaannya – lalu mengembara ke arah Barat untuk menjalani hidup bersendirian yang sempurna sambil mencari nafkah melalui kerja kasar yang halal hingga ia meninggal dunia di negeria Persia kira-kira tahun 165H/782M. Beberapa sumber mengatakan bahawa Ibrahim terbunuh ketika mengikuti angkatan laut yang menyerang Bizantium.

Banyak rupanya kisah sejarah dari manusia bernama Ibrahim bin Adam ra, Hidup dizaman Nabi Khidir as.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 07 Feb 2010 @ 07:18 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 08 Feb 2010 @ 12:10 AM 

Imam Al Ghazali, sebuah nama yang tidak asing di telinga kaum muslimin. Tokoh terkemuka dalam kancah filsafat dan tasawuf. Memiliki pengaruh dan pemikiran yang telah menyebar ke seantero dunia Islam.

 Ironisnya sejarah dan perjalanan hidupnya masih terasa asing. Kebanyakan kaum muslimin belum mengerti. Berikut adalah sebagian sisi kehidupannya. Sehingga setiap kaum muslimin yang mengikutinya, hendaknya mengambil hikmah dari sejarah hidup beliau.

Nama, Nasab dan Kelahiran Beliau

Beliau bernama Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ath Thusi, Abu Hamid Al Ghazali (Lihat Adz Dzahabi, Siyar A’lam Nubala’ 19/323 dan As Subki, Thabaqat Asy Syafi’iyah 6/191). Para ulama nasab berselisih dalam penyandaran nama Imam Al Ghazali. Sebagian mengatakan, bahwa penyandaran nama beliau kepada daerah Ghazalah di Thusi, tempat kelahiran beliau.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 07 Feb 2010 @ 07:13 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 25 Dec 2009 @ 9:51 AM 

Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

KEDATANGAN Dr Yusuf al-Qaradawi ke Malaysia amat dialu-alukan. Walaupun saya tidak sempat mengikuti ucapan beliau pagi semalam yang khabarnya berkaitan buku terbarunya Fiqh al-Jihad, tetapi saya telah pun membeli buku tersebut sejak dua bulan lepas. Buku tersebut merupakan karya terbesar beliau selepas Fiqh al-Zakah. Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi.

Bukan kerana namanya, tetapi kerana kesarjanaannya. Buku-bukunya mempunyai nilai analisis dan kebebasan akal dari sebarang fanatik mazhab. Beliau adalah tokoh tajdid yang menyeru kepada keluasan fekah dan kemerdekaan minda dari ketaksuban pandangan tokoh kepada penilaian setiap pendapat dengan adil berteraskan al-Quran dan a-Sunnah.

Dalam buku terbarunya itu beliau menyebut tentang kaedah dalam penulisannya: “Mengambil manfaat dari khazanah fekah islami dan mengiktiraf lautannya yang luas dengan tidak cenderung kepada hanya satu mazhab tanpa melihat mazhab yang lain, atau terikat dengan satu imam tanpa melihat imam yang lain.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 25 Dec 2009 @ 09:51 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: Agama
 30 Nov 2009 @ 10:24 AM 

Diceritakan ada seorang lelaki  mui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim bin Adham: “Hai bapa Ishak (Ibrahim). Saya ini telah menzalami diri sendiri, maka terangkan padaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku”.

 Ibrahim bin Idham pun menjawab: “Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan 5 perkara (yang akan aku katakan)) nescaya apa sahaja kesedngkau kecapi tidak akan memudaratkan diri mu. Lelaki tersebut pun berkata: Apa dia ?. Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishaq. Ibrahim menerangkan:

More »

Posted By: admin
Last Edit: 30 Nov 2009 @ 10:24 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: Agama
 27 Nov 2009 @ 12:05 AM 

Abu Nasr Al Farabi juga dikenali di barat sebagai Alpharabius merupakan pakar dalam pelbagai bidang dan merupakan salah seorang saintis dan ahli falsafah agung di Iran dan dunia Islam pada zamannya.

Beliau yang lahir pada 872 Masehi juga merupakan seorang ahli kosmologi, logik, ahli muzik, psikologi dan sosiologi.

Asal usul dan susur galur Al Farabi tidak pernah direkodkan semasa hidupnya secara jelas tetapi berdasarkan kepada khabar angin atau tekaan semata-mata.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 16 Nov 2009 @ 02:08 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: Agama
 25 Nov 2009 @ 12:46 AM 
Prof Hamka – Ulama Tegas yang Meminati Sastera
Pencinta dunia kesusasteraan yang kemudiannya menceburkan diri dalam politik, akhirnya berundur daripada di jawatan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia apabila Kerajaan Suharto tidak berkenan dengan fatwa yang dikeluarkannya mengenai larangan terhadap umat Islam menyambut perayaan Natal.Hubungan pemerintah Indonesia dengan Majelis Ulama Indonesia (MUI) pernah panas disebabkan MUI mengeluarkan fatwa bahawa haram hukum bagi umat Islam mengucapkan selamat hari Natal dan menghadiri perayaannya. Pemerintah menganggap fatwa itu mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Lebih tegas lagi, hal tersebut merosak toleransi hubungan antara agama. Sebab itu, Suharto, Presiden Indonesia pada itu masa meminta kepada Prof. Hamka atau lebih mesra dengan panggilan Buya Hamka yang pada masa itu menjawat jawatan Ketua MUI, mencabut fatwa berkenaan.Tetapi Hamka, yang nama penuhnya Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, tetap berpegang kukuh pada pendiriannya. Bagi ulama yang juga seorang sasterawan ini, yang benar harus dikatakan sebagai benar. Dan sebaliknya, yang batil harus dikatakan batil. Apa pun risiko yang terpaksa dihadapinya. Bahkan ia menyatakan lebih baik berundur daripada Ketua Umum MUI daripada memansuhkan mencabut fatwa itu. Senario yang berlaku akhirnya demikian. Apabila tekanan daripada pemerintahan Suharto semakin kuat, Hamka memilih meletakkan jawatan yang disandangnya (l981). Keputusan itu adalah cerminan sikap bertanggungjawabnya yang tidak mahu umat Islam terjerumus dalam kesesatan. Ini kerana trend menyambut perayaan Natal secara bersama sedang berleluasa di tengah-tengah masyarakat. Atas alasan untuk mengukuhkan hubungan toleransi beragama, banyak ummat Islam yang terbabit sama.Padahal, menurut Hamka, perayaan Natal itu sesungguhnya termasuk peribadatan agama Nasrani. Dan apabila sudah masuk dalam ibadah, ummat Islam sepatutnya tidak mengikutinya. Atas dasar itu Majlis Fatwa MUI mengeluarkan fatwa haram hukumnya bagi ummat Islam mengikuti perayaan Natal agama Nasrani.Dasar pertimbangannya adalah pertama, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan ibadah Islam dengan akidah dan ibadah agama lain (QS Al Kaafiruun 1-6 dan Al-Baqarah 42). Kedua, ummat Islam harus mengikuti/meyakini atas kenabian dan kerasulan Isa bin Maryam (QS Maryam 30-32, Al-Maidah 75, dan Al-Baqarah 285). Ketiga, yang berkeyakinan bahawa Tuhan lebih dari satu dan Isa Al-Masih itu anak Tuhan, adalah orang kafir dan musyrik. (Al-Maaidah 72-73, dan At-Taubah 30). Keempat, Nabi Isa pun tidak mendakwakan dirinya sebagai anak Allah (Al-Maidah 116-118). Kelima, Islam mengajarkan bahawa Allah SWT hanya satu (QS. Al-Ikhlaas ayat 1-4). Keenam, Islam mengajarkan agar ummatnya menjauhkan diri daripada hal-hal yang syubhah (samar-samar) dan hal yang dilarang Allah, serta mendahulukan hal-hal yang menolak kerosakan daripada yang mendatangkan kemaslahatan.Selama kepemimpinan Hamka, MUI dikenali sebagai institusi ulama yang tegas dan tidak memihak kepada golongan tertentu, malah menjadi institusi yang berperanan memberikan teguran dan bimbingan kepada pemerintah. Hamka dengan tegas menolak keinginan pemerintah untuk menguasai setiap keputusan yang bakal diambil MUI. Baginya, fatwa MUI tidak boleh dicampur adukan dengan urusan politik dan pemerintahan.Sikap tegas Hamka itu sesungguhnya bukanlah hal baru. Pada zaman pemerintah Sukarno, Hamka telah berani mengeluarkan fatwa bahawa haram hukumnya bagi Sukarno menikah lagi, kerana presiden tersebut telah mempunyai beberapa orang isteri. Fatwa itu tentu sahaja menyebabkan Sukarno marah. Kebetulan pada masa itu ia termasuk tokoh Islam yang berani menentang sikap pemerintah yang begitu rapat dengan Parti Komunis Indonesia (PKI). Pada pandangan Hamka, PKI adalah parti yang membahayakan keselamatan kehidupan beragama di negeri ini, kerana komunis tidak mengakui adanya Tuhan. Akibat sikap tegasnya itu, ia terpaksa meringkuk di penjara bersama tokoh parti Masyumi dan PSI kerana fitnah pertubuhan LEKRA, pimpinan Pramoedya Ananta Toer. Namun demikian, ia tidak berdendam dengan Sukarno. Terbukti ketika Bung Karno wafat, Hamka yang dilantik menjadi imam sembahyang jenazahnya.Selain dikenal sebagai ulama berkarisma, Hamka yang dilahirkan pada tahun 1908 juga dikenal sebagai seorang pujangga termasyhur. Sejak berusia 17 tahun, ia sudah menulis novel bertajuk Siti Rabiah. Aktiviti penulisannya itu ditentang oleh keluarganya. Sebab, sebagai seorang putera ulama besar, H. Abdul Karim Amrullah, kesukaannya menulis novel itu dianggap satu aib. Namun Hamka meneruskan kegemarannya itu untuk mencari jati dirinya dan berusaha keluar dari bayangan kemasyuran ayahnya.Pada usia 30-an, ia seolah-olah tidak meminati untuk menceburkan diri dalam kegiatan keagamaan dan menjadi seorang ulama, meski ia sendiri termasuk pendakwah muda Muhammadiyah di bandar Medan. Ia seolah-olah lebih berminat dengan bidang penulisan dan kewartawanan. Ini terbukti apabila bersama beberapa orang rakannya pada tahun 1936 ia mewujudkan majalah Pedoman Masyarakat. Dalam majalah inilah ia menulis tulisan bersambung yang di kemudian menjadi buku Tasawuf Modern yang merupakan antara karya popularnya hari ini. Walaupun tulisan itu adalah tulisan yang padat dengan kupasan ilmu-ilmu Islam, tetapi ia belum berjaya mengubah identiti diri Hamka yang masih dianggap sebagai seorang sasterawan.Ini mungkin disebabkan pada masa itu jugalah ia menulis novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijk (1939) serta pelbagai cerpen yang mengharukan yang kemudian dikumpulkan dalam buku Menanti Bedug Berbunyi. Sewaktu ia pulang dari Makkah, Hamka menulis nover bertajuk Di Bawah Lindungan Ka’bah. Novelnya yang bertajuk Tengelamnya Kapal Van Der Wijk yang dianggap menciplak dari sebuah novel barat, menunjukkan bahawa Hamka waktu itu sudah banyak membaca sastera barat melalui terjemahan bahasa Arab. Dalam kes tuduhan plagiat ini, menurut banyak ahli sastera hal ini tidak terbukti. Menurut mereka, Hamka hanya terpengaruh oleh sastera barat dan hal itu adalah sesuatu yang wajar bagi seorang penulis.Pada 1949, Hamka kemudian berpindah ke Jakarta. Di Jakarta ia memulai kerjayanya sebagai pegawai kerajaan golongan rendah di Kementerian Agama yang pada waktu itu dipimpin oleh KH. Abdul Wahid Hasyim (ayah Gus Dur). Sebagai seorang intelektual yang hidup pada zaman perjuangan merebut kemerdekaan, Hamka pada tahun 1955 turut terbabit dengan dunia politik. Ia aktif dalam parti Masyumi. Namun, perjalanan politiknya turut berakhir apabila parti Masyumi, diharamkan oleh Sukarno.Setelah itu Hamka kembali kepada dunianya, iaitu dunia penulisan. Ia kemudian menubuhkan majalah baru, iaitu majalah Panji Masyarakat. Pada masa ini, tulisan Hamka yang memperoleh Doktor Honoris Causa dari Universiti Al Azhar Mesir pada tahun 1958 ini sudah lebih banyak berupa kajian-kajian ke Islaman yang mencakupi seluruh bidang. Pada masa ini pula, penanya berjaya melahirkan karya agungnya, Tafsir Al-Azhar. Yang hebatnya, tafsir ini berjaya diselesaikannya tatkala ia meringkuk di dalam penjara (1964).Selepas peristiwa kekejaman gerakan komunis yang membunuh tujuh orang jeneral 1965 dan berkuasanya Presiden Suharto, Hamka secara total berperanan sebagai ulama. Ia meninggalkan dunia politik dan sastera. Tulisan-tulisannya di dalam Panji Masyarakat sudah merefleksikannya sebagai seorang ulama, dan ini digambarkan dalam ruangan Dari Hati Ke Hati yang sangat baik perbahasannya. Kewibawaan Hamka sebagai seorang ulama lebih menonjol lagi ketika dia dilantik menjadi Ketua MUI pertama pada tahun 1975.Dalam banyak hal, Hamka dikenali sebagai seorang yang moderat. Paling tidak dari cara dia menyampaikan sesuatu yang selalu menampakkan hati dan fikiran berjalan seirama. Ia tidak pernah mengeluarkan kata-kata keras, atau kasar dalam berkomunikasi. Peribadi ini sudah ia tunjukkan dari sejak muda lagi. Ia lebih suka memilih menulis novel atau cerpen dalam menyampaikan panduan Islam. Hamka yang bergelar Datuk In Domo dalam suku Minang ini mengakui bahawa memang dia menjadi lebih moderat ketika usianya semakin bertambah.”Ketika buku yang saya baca baru lima buah, saya cepat sekali menyimpulkan satu hal mengenai agama dan beremosi, tetapi ketika buku yang saya baca sudah lima puluh, saya menjadi lebih faham, dan tidak berasa perlu bersikap seperti itu,” katanya suatu ketika.Namun begitu, bukan bermakna ia kehilangan sikap tegasnya. Ketika ia berasa umat kehilangan pedoman, ia kemudian mengeluarkan fatwa Natal tahun 1981 yang amat menggemparkan itu. Ia terpaksa mengambil sikap tidak sehaluan dengan pemerintah demi menjaga kesucian Islam. Meski keluar dari MUI, Hamka tetap menjadi tokoh ulama yang berpengaruh dan berkarisma. Fatwa dan nasihatnya tetap dinantikan oleh masyarakat. Ia juga tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan kepada pendakwah-pendakwah muda. Sampai akhir hayatnya, melalui majalah Panji Masyarakat, ulama yang lahir di Sungai Batang, Maninjau, Sumatera Barat ini tetap memberikan siraman rohani kepada umat Islam yang haus dengan nasihat-nasihatnya melalui tulisan-tulisannya dalam majalah berkenaan.Hamka meninggalkan pelbagai karya penulisan yang popular. Karyanya yang dibukukan berjumlah lebih kurang 118 buah, tidak termasuk pelbagai tulisan yang dimuat di pelbagai media massa. Tulisan-tulisannya meliputi pelbagai bidang kajian: politik, sejarah, budaya, akhlak, dan ilmu-ilmu keislaman. Pada 24 Julai 1981, ulama serba boleh ini me nemui Tuhannya. Pemergiannya adalah satu kehilangan besar yang sukar dicari pengganti sehingga ke hari ini.

Pencinta dunia kesusasteraan yang kemudiannya menceburkan diri dalam politik, akhirnya berundur daripada di jawatan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia apabila Kerajaan Suharto tidak berkenan dengan fatwa yang dikeluarkannya mengenai larangan terhadap umat Islam menyambut perayaan Natal.

Hubungan pemerintah Indonesia dengan Majelis Ulama Indonesia (MUI) pernah panas disebabkan MUI mengeluarkan fatwa bahawa haram hukum bagi umat Islam mengucapkan selamat hari Natal dan menghadiri perayaannya.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 18 Nov 2009 @ 12:51 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 25 Nov 2009 @ 12:05 AM 
Imam Abu Hanifah adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi.

Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:

More »

Posted By: admin
Last Edit: 10 Nov 2009 @ 09:47 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: Agama
 24 Nov 2009 @ 12:10 AM 
Imam Malik dilahirkan di sebuah perkampungan kecil yang bernama Ashbah, yang terletak di dekat Kota Himyar jajahan Yaman. Nama asalnya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al-Ashabally. Beliau adalah seorang ulama besar yang lahir di Madinah serta mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia Islam.

Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tangan baginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di Madinah dipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga menjabat sebagai mufti di Madinah.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 10 Nov 2009 @ 09:39 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: Agama
 22 Nov 2009 @ 12:01 AM 
Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya.

Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit. Beliau terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit, mengambil upah menulis, menenun kain dan kadangkala mengambil upah mengangkat barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan yang halal lagi baik dan beliau tidak senang menerima hadiah-hadiah.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 10 Nov 2009 @ 09:36 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: umum
 14 Nov 2009 @ 12:07 AM 

 Latar Belakang Ibnu Sina
IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun ,Ibnu Sina telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi “Doktor Di Raja”. Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 11 Nov 2009 @ 01:30 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: Agama

 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 60
  • Posts/Pages » 2,049
  • Comments » 267
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.