Ayuh lari! Siren dah bunyi

0

Category : Luar negara

BANDA ACEH: Lelaki ini bergegas mengangkat anak lelakinya ke kawasan tanah lebih tinggi untuk selamatkan diri daripada tsunami. Tetapi ia hanya satu latihan amaran tsunami di Banda Aceh, di wilayah Aceh, Indonesia, semalam.

Apabila siren berbunyi, ibu bapa terus membawa anak mereka bersama ratusan orang lain yang berlari menuju tempat perlindungan kecemasan di Indonesia, sedang negara-negara yang bersempadankan Lautan Hindi menjalankan ujian sistem amaran tsunami selepas berlakunya bencana yang meragut ratusan ribu nyawa pada 2004. — AP.

100 korban tsunami di Samoa

0

Category : Luar negara, umum

APIA, Samoa Barat: Satu siri tsunami melanda negara kepulauan Pasifik Samoa Amerika dan Barat mengorbankan sehingga 100 orang, beberapa daripadanya dihanyutkan ke tengah laut, selain mencederakan beberapa ratus lagi dan meninggalkan kerosakan besar di kampung tepi laut.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengisytiharkan bencana utama di Samoa Amerika – sebuah wilayah ASĀ  dan mengarahkan bantuan persekutuan dihulurkan kepada kepulauan itu.

[ Online : 1018 hari. ]