Seramai 365 wanita jadi ‘keldai dadah’

0

Category : umum

KUALA LUMPUR: Seramai 365 wanita rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana terbabit menjadi “keldai dadah” sejak hampir 20 tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata jumlah itu adalah lebih separuh daripada 729 rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan dadah di luar negara. Sejak 1991 hingga Mac 2010, sebanyak 1,560 kes dilaporkan membabitkan rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk 729 kes kesalahan dadah, katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar.

Kohilan berkata, sebuah Tabung Amanah Rakyat Malaysia diwujudkan bagi memberi bantuan guaman dan kewangan melalui perwakilan Malaysia serta membawa pulang rakyat Malaysia yang dibebaskan daripada tahanan.

Ibu kerdil hamil lagi

0

Category : Ajaib

mainpix56

 KENTUCKY: Ibu paling kerdil di dunia kini menanti kelahiran anak ketiganya meskipun diberi amaran ia boleh menyebabkan dia mati.

Stacey Herald, 35, hanya setinggi 71 sentimeter sementara anak yang akan dilahirkannya kelak adalah separuh daripada saiznya.

Apabila anak itu berusia setahun, dia akan lebih tinggi daripada Stacey.

Doktor sebelum ini memberi amaran kepada Stacey yang berasal dari Kentucky bahawa kehamilan itu akan menyebabkan dia mati.

Hukum wanita bekerja : wanita dilarang bekerja melainkan ….

0

Category : Agama

By Ustaz Zahazan

SOALAN : Apakah hukum bekerja bagi seseorang perempuan?Sekiranya ia dibenarkan, tolong jelaskan adab lain yang perlu diamalkan bukan saja oleh wanita, tetapi seorang lelaki Muslim kepada wanita yang bukan muhrimnya.

JAWAPAN : Hukum bekerja bagi seseorang perempuan adalah harus.Berkaitan dengan perkara ini,Sayyid Qutb membuat satu ulasan yang menarik berkaitan dengan peristiwa pertemuan Nabi Musa a.s dengan dua orang anak perempuan hamba yang salih di Madyan.Sesetengah pandangan mengatakan ia adalah Nabi Syuib a.s.

Suami terlampau

0

Category : Macam-macam hal

Oleh Amir Abd Hamid

“Saya sedih dan kecewa kerana kes ini tidak dilayan walaupun pelbagai bukti kekejaman suami diserah kepada Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, termasuk laporan polis bagi menyokong tuntutan fasakh.

“Selain dipukul dan diperlakukan sesuka hati oleh suami, saya ada membuat aduan polis mengenai tindakan anak tiri saya berusia belasan tahun menodai saya, tetapi semua itu tidak dilayan,” keluh seorang wanita berusia 47 tahun yang mendakwa didera suami.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sapiah meluahkan kekecewaannya kerana mengalami penderitaan dan penderaan mental serta fizikal sejak berkahwin dengan suaminya enam tahun lalu.

Mengimbas perkahwinan itu, Sapiah mendakwa, dia dipaksa berkahwin apabila sering diancam termasuk diugut dengan senapang patah oleh lelaki berkenaan.
“Kami berkenalan ketika sama-sama bekerja di sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara.

“Saya bertugas di bahagian kerani operasi yang antara lain ditugaskan membuat pengesahan keluar masuk senjata api, manakala dia berjawatan pegawai operasi keselamatan.

“Dia memang kerap cuba memikat tapi saya tidak layan. Sehinggalah ke satu tahap dia mengacu senapang patah sambil mengugut akan membunuh saya jika tidak berkahwin dengannya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini.

Akibatnya, Sapiah berkata, dia akhirnya akur dengan desakan itu dan berkahwin dengan lelaki terbabit yang juga duda beranak dua.

Selepas berkahwin, katanya mereka berpindah ke Melaka berikutan suaminya memberi alasan mahu bekerja berhampiran dengan kampung halamannya.

“Ketika di rumah itu, barulah saya tahu segala perlakuan suami. Dia terlampau banyak menonton cakera padat video (VCD) lucah, malah telefon bimbitnya juga mengandungi lebih 500 gambar dan rakaman porno.

“Apa yang mengejutkan ialah suami juga mengetahui anaknya turut mempunyai kegemaran menonton VCD lucah, tapi dia langsung tak marah atau melarang.

“Suami juga mempunyai nafsu terlampau tinggi… setiap hari secara purata dia menginginkan persetubuhan sebanyak 10 kali,” katanya.

19 KEISTIMEWAAN WANITA

0

Category : Agama, motivasi

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga…

>> LIHAT LANJUT

[ Online : 1018 hari. ]